kata-kata

Wednesday, 30 November 2011

Mengajar Murid Kemahiran Vokal Berganding


Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini merupakan antara hari yang paling cemerlang dalam hidup anda.
Terima kasih kerana terus melayari laman ini. Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi mengajar kemahiran vokal berganding dengan anda. Sebagaimana yang diketahui, kemahiran ini agak sukar dikuasai murid jika konsep mengeja yang diajar tidak dapat difahami dengan jelas oleh murid.
Bahan Bantu Mengajar – kemahiran vokal berganding
  • Kad perkataan mengandungi vokal berganding.
  • permainan – Dadu
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja :
1.      lembaran kerja – memadan perkataan dengan gambar
2.      lembaran kerja  – menulis vokal berganding berpandukan gambar
3.      lembaran kerja – mencari perkataan tersembunyi
Panduan Mengajar :
  1. Tunjukkan salah satu gambar daripada kad imbasan dan minta murid sebutkan nama gambar. Guru rangsang murid untuk menyebut nama gambar yang dilihat.
  2. Murid akan memberi jawapan iaitu : buah durian
  3. Tunjukkan kad perkataan bagi : durian
  4. Bimbing murid konsep eja perkataan ‘durian’ menggunakan kad suku  yang dipecahkan kepada suku kata berwarna. Lihat contoh di bawah : 
                SUKU KATA : 1                                 SUKU KATA : 2
         DU                                                          RI  AN
  1. Kemudian, minta murid eja sendiri perkataan mengikut suku kata.
  2. Jika sudah boleh, tunjukkan kad perkataan (gabungan suku kata pertama dan kedua tadi).
Lihat contoh di bawah :   DU  RI   AN
  1. Rangsang murid untuk mengeja dan membatang perkataan ini secara kumpulan dan individu.
  2. Tunjukkan kad imbasan bergambar yang lain dan ulang langkah di atas.
  3. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
  4. Pantau aktiviti murid semasa lembaran kerja di edarkan.
  5. Semak latihan murid melalui perbincangan
  6. Edarkan permainan bahasa berbentuk dadu ( dadu mengandungi vokal berganding pada setiap muka

No comments:

Post a Comment