kata-kata

Sunday 30 October 2011

PENGAJARAN MICROTEACHING

Hari ini saya telah menjalankan rakaman microteaching bagi murid pemulihan di kelas saya.
Di dalam pengajaran Mikroteaching  ini saya memilih kemahiran set induksi, kerana saya rasa kemahiran Set Indusi amat penting untuk menarik minat murid bagi mengikuti P&P seterusnya. Set induksi yang berkesan adalah set induksi yang bermakna kepada murid. Di samping itu set induksi  yang saya jalankan berupaya untuk merangsang naluri ingin tahu murid dan menggerakkan murid untuk belajar, terutama apabila guru menunjukkan kemesraan dan semangat serta kesungguhan dengan perkara yang diajar. Di dalam pengajaran ini saya telah memilih teknik pemainan iaitu Permainan Ting-ting Minda.
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda dilaksanakan, saya merasa sangat seronok, kerana murid saya  menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria. Walaupun pada awalnya, mereka terpegun melihat dilantai kelas terbentuk  sebuah permainan ting-ting yang merupakan permainan yang di minati oleh mereka. Saya terdengar mereka berkata di antara satu dengan lain “ Macam inilah yang best…tak boring.., saya suka permainan ini ..! Itulah, kata-kata gembira yang diluahkan oleh murid-murid  saya dalam kelas tersebut. Pencapaian bacaan sukukata   KVK dalam aktiviti Ting-ting Minda ini amat membanggakan saya,yang paling mengembirakan mereka lagi  ialah murid yang berjaya mencantum dan membunyikan sukukata  KVK dengan betul diberikan ganjaran.




Tuesday 25 October 2011

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘. Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Friday 21 October 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuraan keluarga, masyarakat dan negara. 

Sunday 16 October 2011

Belajar Membina Blog

Salam 1 Malaysia...hari ini saya telah mengikuti kelas untuk membina blog di UPSI.Terima kasih kepada pensyarah dan tutor kerana telah mencurahkan ilmu kepada kami.
Alhamdulillah kini saya telah memperolehi sedikit ilmu untuk membina dan menghiasi blog.
                          Semoga tuhan akan membalas jasamu..amin.

Wednesday 12 October 2011

Kelas Pemulihan Ku



Ini lah kelas pemulihan yang terdapat di Sk. Datuk Kelana. Terdapat seramai 6 orang murid dari tahun 1 yang belajar di kelas tersebut. Mungkin di saringan LINUS ke 3 ini bilangannya akan berkurangan kerana sebahagian daripadanya telah menguasai kemahiran yang telah diajar. Syukur alhamdulillah...
Add caption