kata-kata

Thursday 1 December 2011

PENGHARGAAN

Sekapur Sirih
 

 


  Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua teman. selamat bertamu ke ruang blog saya. Di ruang  blog ini kita  membicarakan mengenai pengalaman dan aspirasi yang  telah kita  lalui. Di kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada kawan-kawan  yang telah banyak menolong dan memberi idea  kepada saya dalam menyiapkan blog ini. Syukur alhamdulillah, akhirnya blog ini berjaya disiapkan. Semoga kita semua diberkati tuhan amin....

Wednesday 30 November 2011

BELAJAR MEMBINA BLOG

Salam 1 Malaysia...hari ini saya telah mengikuti kelas untuk membina blog di UPSI.Terima kasih kepada pensyarah dan tutor kerana telah mencurahkan ilmu kepada kami.
Alhamdulillah kini saya telah memperolehi sedikit ilmu untuk membina dan menghiasi blog.
                          Semoga tuhan akan membalas jasamu..amin.

KELAS PEMULIHAN




Ini lah kelas pemulihan yang terdapat di Sk. Datuk Kelana. Terdapat seramai 6 orang murid dari tahun 1 yang belajar di kelas tersebut yang perlu dipulihkan. Mungkin di saringan LINUS ke 3 ini bilangannya akan berkurangan kerana sebahagian daripadanya telah menguasai kemahiran yang telah diajar. Syukur alhamdulillah...
Add caption

Mengajar Murid Kemahiran Vokal Berganding


Salam sejahtera,
Semoga anda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga hari ini merupakan antara hari yang paling cemerlang dalam hidup anda.
Terima kasih kerana terus melayari laman ini. Baiklah, hari ini saya hendak berkongsi mengajar kemahiran vokal berganding dengan anda. Sebagaimana yang diketahui, kemahiran ini agak sukar dikuasai murid jika konsep mengeja yang diajar tidak dapat difahami dengan jelas oleh murid.
Bahan Bantu Mengajar – kemahiran vokal berganding
  • Kad perkataan mengandungi vokal berganding.
  • permainan – Dadu
  • Kad imbasan bergambar
  • lembaran kerja :
1.      lembaran kerja – memadan perkataan dengan gambar
2.      lembaran kerja  – menulis vokal berganding berpandukan gambar
3.      lembaran kerja – mencari perkataan tersembunyi
Panduan Mengajar :
  1. Tunjukkan salah satu gambar daripada kad imbasan dan minta murid sebutkan nama gambar. Guru rangsang murid untuk menyebut nama gambar yang dilihat.
  2. Murid akan memberi jawapan iaitu : buah durian
  3. Tunjukkan kad perkataan bagi : durian
  4. Bimbing murid konsep eja perkataan ‘durian’ menggunakan kad suku  yang dipecahkan kepada suku kata berwarna. Lihat contoh di bawah : 
                SUKU KATA : 1                                 SUKU KATA : 2
         DU                                                          RI  AN
  1. Kemudian, minta murid eja sendiri perkataan mengikut suku kata.
  2. Jika sudah boleh, tunjukkan kad perkataan (gabungan suku kata pertama dan kedua tadi).
Lihat contoh di bawah :   DU  RI   AN
  1. Rangsang murid untuk mengeja dan membatang perkataan ini secara kumpulan dan individu.
  2. Tunjukkan kad imbasan bergambar yang lain dan ulang langkah di atas.
  3. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
  4. Pantau aktiviti murid semasa lembaran kerja di edarkan.
  5. Semak latihan murid melalui perbincangan
  6. Edarkan permainan bahasa berbentuk dadu ( dadu mengandungi vokal berganding pada setiap muka

Tuesday 29 November 2011

CIRI-CIRI GURU PEMULIHAN KHAS


Untuk menjadi guru pemulihan yang baik dan berjaya, seseorangguru pemulihan itu mestilah memiliki dan memenuhi beberapa ciriguru pemulihan, antaranya:

1)   Menunjukkan minat terhadap kerjaya.
2)   Berpengetahuan tinggi tentang pendidikan pemulihan
3)   Bersedia mempelbagaikan kaedah pengajarannya untuk menukar selera pelajar
      yang cepat bosan dengan pengajaran yang stereotaip.
4)   Periang dan menunjukkan kekawanan (friendliness) kepada  para pelajar.
5)   Bersedia bekerjasama dengan guru besar dan guru-guru mata pelajaran yang lain.
6)   Dapat membentuk soalan-soalan diagnostik yang baik dan sesuai.
7)   Dapat menganalisis hasil ujian diagnostik dengan tepat dan mengkategorikan
      pelajar kepada kategori tertentu.
8)   Dapat melaksanakan program pengajaran pemulihan dengan berkesan.
9)   Mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
10)  Bersimpati dan mempunyai keazaman untuk menolong.
11)  Berkeyakinan terhadap kemampuan pelajar, iaitu sentiasa yakin bahawa pelajar akan  
       berjaya dalam bidang pelajarannya.
12)  Tidak berputus asa.
13)  Memberikan nasihat yang positif kepada pelajarnya, iaitu dengan menyatakan pencapaian
       yang rendah itu sentiasa dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.
14)  Seseorang guru pemulihan yang tidak mempunyai ciri-ciri positif dan dedikasi belum tentu
       dapat menjadi guru pemulihan yang baik walaupun sekolah tempat dia mengajar it
       mempunyai segala kelengkapan yang diperlukan

Saturday 12 November 2011

TEKNIK P&P GURU PEMULIHAN KHAS

DEFINISI

• Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
1. Teknik main peranan
2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10. Teknik simulasi
11. Teknik drama
12. Teknik perbincangan
13. Teknik forum
14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

Sunday 30 October 2011

PENGAJARAN MICROTEACHING

Hari ini saya telah menjalankan rakaman microteaching bagi murid pemulihan di kelas saya.
Di dalam pengajaran Mikroteaching  ini saya memilih kemahiran set induksi, kerana saya rasa kemahiran Set Indusi amat penting untuk menarik minat murid bagi mengikuti P&P seterusnya. Set induksi yang berkesan adalah set induksi yang bermakna kepada murid. Di samping itu set induksi  yang saya jalankan berupaya untuk merangsang naluri ingin tahu murid dan menggerakkan murid untuk belajar, terutama apabila guru menunjukkan kemesraan dan semangat serta kesungguhan dengan perkara yang diajar. Di dalam pengajaran ini saya telah memilih teknik pemainan iaitu Permainan Ting-ting Minda.
Semasa Aktiviti Ting-ting Minda dilaksanakan, saya merasa sangat seronok, kerana murid saya  menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang ceria. Walaupun pada awalnya, mereka terpegun melihat dilantai kelas terbentuk  sebuah permainan ting-ting yang merupakan permainan yang di minati oleh mereka. Saya terdengar mereka berkata di antara satu dengan lain “ Macam inilah yang best…tak boring.., saya suka permainan ini ..! Itulah, kata-kata gembira yang diluahkan oleh murid-murid  saya dalam kelas tersebut. Pencapaian bacaan sukukata   KVK dalam aktiviti Ting-ting Minda ini amat membanggakan saya,yang paling mengembirakan mereka lagi  ialah murid yang berjaya mencantum dan membunyikan sukukata  KVK dengan betul diberikan ganjaran.